Hari ini saya telah menginjakkan kaki di kampung ini untuk menghadiri kenduri arwah salah satu keluarga isteri saya yang meninggal dunia. kematian berlaku kerana lemas di sungai (tanah Merah Kota Marudu).
Kampung tradisional ini terkenal kepada masyarakat di Kota Belud, kerana ia merupakan antara kampung terawal masyarakat Irranun di sini. Pada ketika ini, kampung ini sedang mengalami perubahan. Perubahan amat ketara kerana jalan raya berturap telah sampai ke kampung ini, masjid baru sudah terbina, sekolah sedang dibangunkan dan yang terkini adalah pembinaan sekolah Agama Rakyat.
Penduduk juga mempunyai pendapatan yang lebih baik daripada dahulu. Mereka sudah mampu membina rumah banglow, membeli kereta yang agak mewah dan mempunyai peralatan menangkap ikan lebih canggih.
Masyarakat kampung mengamalkan cara hidup Islam. Konsep kekeluargaan amat dititik beratkan. Permaufakatan diamalkan untuk menjaga keharmonian masyarakat kampung. Anak muda dididik dengan tertib, agama dan adat di amalkan, sebagai contohnya adalah tentang cara menghormati ibu bapa atau orang yang lebih tua daripada mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment