Sunday, January 31, 2010

review 2009 perkahwinan di Kg Kaung Kota Belud

Sanak saudara datang meraikan perkahwinan anak buah saya di Kg kaung





Adik saya Hajimin di samping Batu Tanda yang dipacak oleh Datuk Paduka Mat Salleh

Perjalanan ke kampung ini memerlukan semangat keberanian kerana keadaan jalan yang curam, berbatu dan sempit.
Isparyono dengan isterinya.
Selamat Pengantin Baru

Saturday, January 30, 2010

Rampayan Ulu, Kampung Tradisional Irranun

Hari ini saya telah menginjakkan kaki di kampung ini untuk menghadiri kenduri arwah salah satu keluarga isteri saya yang meninggal dunia. kematian berlaku kerana lemas di sungai (tanah Merah Kota Marudu).

Kampung tradisional ini terkenal kepada masyarakat di Kota Belud, kerana ia merupakan antara kampung terawal masyarakat Irranun di sini. Pada ketika ini, kampung ini sedang mengalami perubahan. Perubahan amat ketara kerana jalan raya berturap telah sampai ke kampung ini, masjid baru sudah terbina, sekolah sedang dibangunkan dan yang terkini adalah pembinaan sekolah Agama Rakyat.

Penduduk juga mempunyai pendapatan yang lebih baik daripada dahulu. Mereka sudah mampu membina rumah banglow, membeli kereta yang agak mewah dan mempunyai peralatan menangkap ikan lebih canggih.

Masyarakat kampung mengamalkan cara hidup Islam. Konsep kekeluargaan amat dititik beratkan. Permaufakatan diamalkan untuk menjaga keharmonian masyarakat kampung. Anak muda dididik dengan tertib, agama dan adat di amalkan, sebagai contohnya adalah tentang cara menghormati ibu bapa atau orang yang lebih tua daripada mereka.

Friday, January 29, 2010

Review Raya 2009



Perkuburan Rampayan Laut.21.09.09


Rumah Yusof 20.09.06


Bro.Razak, Isteri dan anak 20.09.09